Jumat, 19 April 2013
Takdir Cinta
Takdir cinta, takdir itu adalah hujung usaha. berserah sahaja pada-Nya. Kerana takdir Allah bukan untuk di duga, tetapi dicipta. Tiada siapa mampu menolak takdir yang ditentukan oleh-Nya. Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Apa yang Dia sudah tentukan, itulah yang terbaik untuk kita. Walau kita menolaknya sekalipun, ia pasti tetap akan terjadi, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang tebaik untuk kita.
Begitu juga dengan cinta. Dia pertemukan kita dengan orang yang salah, supaya kita lebih belajar untuk menghargai. Apa yang berlaku, dan apa yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Jangan bersedih, Allah tahu apa yang terbuku di hati.
Jangan risau jika masih tidak punya cinta, kerana cintamu yang sebenar Dia sudah aturkan segalanya untukmu. Sabar dan tenang sahaja menanti. Berdoa dan terus memperbaiki diri. Mungkin belum tiba masanya lagi, suatu hari nanti, kita pun tidak pasti apa yang akan terjadi. Kita juga boleh bahagia tanpa cinta. Yang penting, kesedihan itu tidak akan berlarutan, kerana ada bahagia menanti anda di hadapan.
" Bila Dia tidak beri, bukan bermakna Dia membenci,
Tapi mungkin ada sesuatu hal yang Dia mahu kita mengerti.
Senyum, dan optimis pada janji-Nya.! :) "
dari : sumber
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar